Thursday, June 7, 2012

tentang persahabatan

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.



~ Khalil Gibran

.puterisantek.

Thursday, January 26, 2012

mengait bintang

lewat kebelakangan
kala tangan2 kecil ini erat menggenggam,
kala suara2 kecil ini menyatu dalam teriak girang seperti selalu,
ironinya aku merasakan canggung sekali..
semacamnya bercaca kala jazz berentak riang.
ya, ralat itu umpamanya begitu..

aku kira
barangkali jiwa2 kecil ini sudah jauh
memberontak cemuh pada enam yang kukira sudah terlalu lama mungkin.
enam yang sepertinya sudah kian pudar indahnya..

*entah.
barangkali aku kata


jiwa-jiwa..

andai yang barangkali itu jujur pada bait yang ada,
mahu aku pada kamu2..
untuk rasa yang apa sekalipun
kita2 jangan berantakan begini
enam itu terlalu lama untuk ditukar ganti..
kuatlah untuk kali yang ini
kerana aku masih ingin mengenggam
lewat tujuh, lapan, dan walau seratustigapuluhempat juta menjengah nanti.


.puterisantek.

Saturday, December 31, 2011

a.r.i.g.a.t.o :)

kamu..
terima kasih ye

sebab kamu
kain dijemuran kita dah boleh diangkat

sebab kamu
kita dah tak basah ke kelas

sebab kamu
kita dah boleh melompat riang kat padang

dan sebab kamu
kita kembali bebas skodeng ke luar tinggap tanpa rasa was2;
udara bersih pun bebas keluar masuk..
tak adalah kepam je bilik ni.
nyah bau hapak :D

terima kasih tau..


morning sunshine, kamu sangat indah! :)

.puterisantek.

ENAM yang terpaling akhir :')


"None of us can promise a perfect friendship, but what we can promise is; IF we are trying, we are staying.."

"Life is short, so smile while we still have teeth! ;D "

"Don't wish for a happy ending, cause it means our story will end. Wish for a never ending, so our stories can last forever.."

"Think big, but just let the little tiny things make us smile :) "

"In most of the time when we've been together, we tend not to see the bad side of any of us. Our friendship is not blind, it sees, but it doesn't mind :) "

"It was hard to let you go. But now it is even harder to look back into our old stories.."

"Life is like writing with a pen. We can cross out our past, but we can't erase it. All that we got to do is to move on.."

.k.a.n.g.e.n.
=___=

.puterisantek.

Wednesday, May 4, 2011

April 30th - May 3rd

salamuna'laik

wuah akhirnya berjaya diupdate! l really miss this blog anyway!

hum. semalam macamnya sesi tidur ramai ramai, jalan jalan, gosip gosip dan peluk peluk yang terakhir kali untuk waktu terdekat ni. erk. ramai ke? tak ada la sangat..tak cukup korum pun. just me, cenan, cetit, cik aly and honey. dan untuk 3 malam yang havoc tu; thanks a lot utk tuan rumah - cik aly! :) berat saya naik 0.5 kg okeh! ;p

apart from that, nampaknya mock interview kita sepetang tu tak sia2. alhamdulillah all four are getting to the next level! ;D dan untuk cik aly and honey, all the best. moga Allah permudahkan tiap satu buat kalian. mudah mudahan :) cant wait for the next great news from u ols! untuk cenan; its oke darl..mungkin di sini bukan yang terbaik. you'll get better one in perlis. insyaAllah..restu ibu bawa ke syurga kan.. :) :) dan untuk yg sibuk berpraktikal tu, jgn lupa kami! doakan yg terbaik untuk kalian jg :)

well its been about two weeks kita berjauhan, masing masing sibuk melukis garis membentuk lorong kecil demi mengejar indah pelangi untuk digantungkan sepanjang persinggahan di pentas dunia kita nanti. but i already miss u ols :( thou we are far away from each other, hope we'll be still contacting and updating stuffs just like our old days in IIUM. wah rindu mahu gosip gosip sama kamu semua! :( ada masa, menjenguklah ke sini. upadate stories and such okey!

dan untuk jari jari kecil yang kalian pinjamkan kejap dalam genggaman sepanjang enam tahun ni, a BIG THANK YOU. moga Allah permudahkan semuanya untuk tiap satu antara kita..

okey thats all for now :)

.puterisantek.

Saturday, February 12, 2011

Saturday, November 20, 2010

riang ria di i-city :)

alhamdulillah..akhirnya sampai jgk :)

date : 14 nov 2010
location : i-city

jij.aly.cetet.lina.honey.ceain




lambat pulak cameraman ni. tergeliat lidah dah buat2 gebang ni.huhu



china town :)

yummy! :D

lina : (nak try gaya angelina jolie plak la) aww..sheksi tak i? :b

cetet : yob betul. apsal aku pndg cenon. adeh



aly : b, cepatla. i posing ni
lina : caner jij?
jij : ye2. ktorg otw balik dah ni
hani : cover jij.hehe
ceain : ok tak jij?
cetet : isy. mate ni mate ni msk habuk lak

dan sekian dulu saya melaporkan dr i-city, kota lampu liplap2, shah alam ;)

.puterisantek.